BDSwiss EU

Mendeposit Dana

Mendeposit Dana

Di BDSwiss, kami telah bekerjasama dengan pembekal pembayaran terkemuka dan paling selamat untuk membolehkan klien kami melakukan deposit menggunakan kaedah yang paling mudah buat mereka.

Keselamatan dana pelanggan amat dititikberatkan oleh BDSwiss dan sebuah portal klien yang canggih dan tersuai telah dibangunkan untuk memberikan fleksibiliti dan keselesaan kepada klien kami dalam memproses deposit dan pengeluaran mereka dengan selamat daripada sumber yang sama.



PILIHAN PEMBAYARAN PENGAWAL SELIA MATAWANGs CAJ/KOMISEN MASA PEMPROSESAN
VISA EUR, USD, GBP, PLN, CHF, SEK, DKK, NOK Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
MASTERCARD EUR, USD, GBP, PLN, CHF, SEK, DKK, NOK Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
MAESTRO GBP Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
GIROPAY Deutsche Bundesbank EUR Dilindungi oleh BDSwiss Immediate
SOFORT Deutsche Bundesbank EUR Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
EPS Bank of Lithuania EUR Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
IDEAL De Nederlandsche Bank (DNB) EUR Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
DOTPAY Komisja Nadzoru Finansowego PLN Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
SKRILL FCA EUR, USD, GBP, CHF Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
NETELLER FCA EUR Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta
BANK WIRE EUR, USD, GBP, PLN, CHF, SEK, DKK, NOK Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta*
PayPal EUR Dilindungi oleh BDSwiss Serta-merta

* Deposit melalui pindahan bank mungkin mengambil masa antara 1-4 hari bekerja untuk sampai kepada BDSwiss dan deposit berkenaan diproses dengan segera sebaik sahaja ia diterima. Sila ambil perhatian bahawa jumlah deposit minimum mungkin berbeza-beza berdasarkan penyedia perkhidmatan pembayaran yang dipilih.

Syarat

Deposit hanya boleh dilengkapkan jika ia telah dilakukan oleh pemegang akaun dagangan. Hal ini bermakna bahawa akaun dagangan dan kaedah deposit yang digunakan perlu mempunyai nama yang sama.

Mendeposit

Proses mendeposit dana ke dalam akaun dagangan BDSwiss adalah begitu mudah. Anda hanya perlu log masuk ke Portal Klien, anda, pilih akaun yang anda ingin deposit, klik pada pilihan deposit dan pilih kaedah deposit anda. Kemudian, ikuti arahan yang muncul untuk melengkapkan semua semua medan wajib yang akan diserlahkan kepada anda.

Amaran Risiko: CFD ialah instrumen yang kompleks dan mempunyai risiko yang tinggi untuk kerugian wang dengan cepat kerana leveraj. 79.9 % daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini.
Anda perlu mempertimbangkan sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan sama ada anda mampu menghadapi risiko yang tinggi untuk kerugian wang anda. Pendedahan Risiko Umum