BDSwiss

FAQ

Syarikat

  • Bagaimanakah saya boleh bekerjasama dengan BDSwiss?

    Jika anda ingin menjadi Rakan Kongsi IB atau Ahli Gabungan BDSwiss, sila layari Portal Rakan Kongsi kami.
  • Siapakah BDSwiss?

    BDSwiss ialah salah satu institusi kewangan yang terkemuka di Eropah, menawarkan dagangan Forex/CFD. Kami mempunyai matlamat untuk menyediakan akses kepada dunia dagangan dalam talian kepada mereka yang berminat dalam dagangan dalam Pasaran Kewangan. Selain itu, kami ingin meningkatkan pengetahuan keseluruhan pelabur tentang pasaran, meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam bidang dagangan derivatif dan menawarkan syarat dagangan yang sebaik mungkin kepada pelanggan kami. BDSwiss ialah syarikat pelaburan yang disahkan dan dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (nombor lesen: 199/13). Sebagai broker, kami tertakluk pada peraturan yang ketat daripada Cypriot Financial Services Authority (CySEC). Anda boleh mendapatkan butiran tentang pengawalseliaan kami DI SINI. Alamat Berdaftar: Ioanni Stylianou 6, 2nd Floor, Flat/Office 202, 2003-Nicosia, Cyprus. Jika anda ingin menghubungi kami, klik DI SINI.
  • Zon waktu manakah yang digunakan oleh BDSwiss?

    BDSwiss menggunakan zon waktu UTC +1. Harga yang dipaparkan di platform MetaTrader 4 dan 5 merujuk pada waktu pelayan UTC +2. Kedua-dua zon waktu berubah kepada UTC +2 atau UTC +3 pada musim panas.
  • Bagaimanakah saya boleh menghubungi BDSwiss?

    Menyokong pelanggan melalui perjalanan dagangan mereka ialah keutamaan kami yang pertama. Anda boleh menghubungi pasukan sokongan berbilang bahasa kami 24 jam sehari, lima hari seminggu melalui e-mel di [email protected]. BDSwiss juga menawarkan sokongan sembang langsung di laman web atau melalui Whatsapp dan Telegram serta sokongan telefon dalam lebih daripada 20 bahasa. Nombor telefon serantau, waktu perniagaan dan borang sokongan kami boleh didapati DI SINI
  • Adakah maklumat peribadi saya selamat?

    Ya, semua data pelanggan disulitkan menggunakan perisian keselamatan termaju dan sangat dilindungi. Data anda akan disimpan secara rahsia dan tidak akan diserahkan kepada pihak ketiga. Untuk butiran lanjut tentang privasi, sila klik DI SINI.
  • Sejauh mana BDSwiss selamat?

    BDSwiss menggunakan sistem keselamatan yang diiktiraf SSL (Secure sockets Layer), yang menyulitkan semua pembayaran kad kredit yang diproses di Internet. Sistem ini adalah automatik dan anda akan menerima notis segera jika pelayar anda tidak menyokong protokol ini.

Buka Akaun

  • Bagaimanakah saya boleh mendaftar dengan BDSwiss?

    Pendaftaran di BDSwiss merupakan proses yang amat mudah. Hanya klik “Buka Akaun” (atau DI SINI) dan lengkapkan proses pendaftaran. Kemudian tentukan instrumen kewangan yang anda ingin gunakan. Kemudian anda perlu melengkapkan Ujian Kesesuaian bagi memastikan anda benar-benar memahami semua risiko yang terlibat dalam dagangan produk terbitan dan anda juga perlu menghantar beberapa dokumen pengesahan yang dapat membantu kami mengesahkan identiti anda dan mengaktifkan akaun anda agar anda dapat mula berdagang.
  • Bolehkah saya mendaftar tanpa membuat deposit?

    Anda tidak perlu membuat deposit untuk log masuk ke BDSwiss atau membuka pelbagai akaun dagangan. Walau bagaimanapun, jika anda ingin mula berdagang, anda mesti membuat deposit. Sila ambil perhatian bahawa keperluan deposit minimum yang berbeza mungkin dikenakan bergantung pada jenis akaun.
  • Saya menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran – apakah yang boleh saya lakukan?

    Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk atau jika anda menerima mesej ralat semasa pendaftaran, sila hubungi sokongan kami atau gunakan ciri Sembang Langsung. Nombor telefon serantau, waktu perniagaan dan borang sokongan kami boleh didapati DI SINI.
  • Bolehkah saya membuka “Akaun Demo”?

    BDSwiss menawarkan "Akaun Demo" Forex/CFD percuma dengan kredit maya $10,000. Untuk membuka Akaun Demo, hanya lengkapkan proses pendaftaran. Akaun Demo dibuat untuk semua pelanggan secara automatik dan anda boleh mengaksesnya di Papan Pemuka. Untuk mendaftar Akaun Demo percuma klik di sini
  • Apakah dokumen yang diperlukan untuk mendaftar/mengesahkan akaun?

    Untuk mengesahkan akaun anda sepenuhnya, sila hantarkan dokumen yang berikut:
    • Bukti pengenalan (Salinan imbasan yang dipaparkan sepenuhnya): Pengenalan kerajaan, sama ada pasport atau kad pengenalan. Mesti sah dan tidak tamat tempoh dalam masa kurang daripada 3 bulan.
    • Bukti alamat (Salinan imbasan yang dipaparkan sepenuhnya): Boleh bil utiliti (bil elektrik, gas, air atau talian tetap/Internet) atau penyata bank. Mesti tidak lebih daripada 3 bulan.
    • KYC dan Ujian Kesesuaian: BDSwiss ialah institusi kewangan yang dikawal selia dan oleh itu, perlu menjalankan penilaian kesesuaian bagi tujuan perlindungan pelanggan. Oleh itu, sila jawab semua soalan yang diberikan kepada anda dalam konteks ujian kesesuaian, dengan itu membolehkan kami mengelaskan anda mengikut pengetahuan awal anda. Sangat penting untuk semua soalan dijawab dengan sejujurnya.
  • Mengapakah saya perlu menyerahkan dokumen peribadi?

    Langkah-langkah ini diambil untuk memastikan kesahihan maklumat dan melindungi anda daripada kemungkinan penipuan. BDSwiss ialah institusi kewangan yang dikawal selia, perlu mengesahkan identiti pelanggannya. Jika identiti anda tidak dapat disahkan dengan jelas, anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat lanjut. Selain itu, BDSwiss perlu mematuhi standard keselamatan mengikut undang-undang. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, undang-undang pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Jika anda memerlukan bantuan berkaitan dengan proses pengesahan identiti anda, sila hubungi pasukan sokongan kami. Alamat hubungan kami boleh didapati DI SINI.
  • Apakah bukti yang layak sebagai “POR = Bukti Kediaman”?

    Bentuk bukti kediaman yang boleh diterima ialah: bil utiliti, penyata akaun atau kad kredit, dan permit sewa/kediaman semasa yang tidak lebih daripada 1 tahun. Sila ambil perhatian bahawa dokumen ini tidak boleh lebih daripada 3 bulan dan mesti diserahkan secara keseluruhan. Kami tidak dapat menerima petikan dokumen. Walau bagaimanapun, maklumat sulit seperti nombor akaun anda boleh disunting agar tidak dapat dibaca. Jika anda tiada dokumen Kediaman yang mempunyai nama anda, sila ambil perhatian bahawa anda juga boleh menghantar Sijil Kediaman daripada Majlis Perbandaran atau Surat Pengesahan yang ditandatangani oleh pihak berkuasa tempatan yang mengandungi nama/nama keluarga anda, alamat semasa anda dan dengan tarikh terbaru. Sila ambil perhatian bahawa penyata elektronik dengan url yang boleh dilihat juga boleh diterima.

Akaun Saya

  • Apakah yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan saya?

    Hanya gunakan fungsi "Terlupa Kata Laluan". Anda akan mendapati ciri ini apabila cuba log masuk ke akaun anda seperti biasa. Jika anda tidak tahu alamat e-mel yang digunakan semasa anda mendaftar, atau jika masalah anda tidak dapat diselesaikan, sila hubungi pasukan sokongan kami. Alamat hubungan kami boleh didapati DI SINI.
  • Adakah pembukaan akaun dagangan dengan BDSwiss mengenakan sebarang bayaran?

    Membuka akaun dagangan dengan BDSwiss adalah percuma sepenuhnya.
  • Bagaimanakah saya boleh mengemas kini maklumat peribadi saya?

    Anda boleh mengemas kini sendiri maklumat peribadi anda pada bila-bila masa. Hanya pergi ke papan pemuka dan klik pilihan menu "Profil" di penjuru kanan atas. Klik DI SINI untuk pergi terus ke maklumat peribadi anda.
  • Apakah mata wang yang boleh saya gunakan untuk dagangan?

    Apabila anda membuka akaun dagangan, anda boleh memilih mata wang yang anda inginkan. Anda boleh memilih antara Euro (€), Dolar AS ($) dan Paun British (£).
  • Bolehkah saya kerugian lebih daripada wang yang saya depositkan?

    Tidak, sebagai pelanggan BDSwiss, baki akaun anda tidak boleh kurang daripada sifar. Perlindungan baki negatif digunakan.

Memahami Risiko

  • Apakah risikonya?

    Berdagang Forex/CFD sangat spekulatif dan boleh menyebabkan keuntungan dan kerugian. Penting untuk anda fahami bahawa jika pasaran bergerak bertentangan daripada dagangan anda, anda boleh kehilangan semua modal yang dilaburkan. Oleh itu, anda mestilah hanya melaburkan modal yang anda mampu kerugian serta mengurus risiko dan modal anda dengan sewajarnya. Untuk maklumat lanjut tentang Pengurusan Risiko dan Wang, sila klik di sini.

    Namun begitu, ingatlah bahawa BDSwiss mengekalkan "dasar perlindungan baki negatif" yang bermakna anda tidak akan kehilangan lebih daripada jumlah yang anda laburkan.

    Apabila melibatkan dagangan Forex/CFD, penting untuk anda ingati bahawa pasaran kewangan adalah sangat kompleks dan tiada "formula tunggal untuk berjaya". Terdapat banyak pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi arah suatu aset dan dengan itu, penting untuk melaburkan masa dan usaha dalam pendidikan. BDSwiss menyediakan banyak webinar, e-kursus dan video secara dalam talian tentang berdagang. Anda mungkin juga ingin mempertimbangkan untuk berdagang pada akaun demo sebelum melaburkan modal anda sendiri.

Dagangan Forex/CFD

  • Adakah anda menawarkan Isyarat Dagangan?

    Ya, sila layari halaman Isyarat Dagangan kami dan klik pada SERTAI SALURAN BDSWISS untuk mencuba Isyarat Dagangan percuma kami. Jika anda pemegang akaun Black, sila klik pada Akses Saluran Isyarat VIP di laman web kami. Jika anda bukan pemegang Akaun Black tetapi ingin menjadi salah seorang pemegang untuk mengetahui tentang manfaat dagangan dengan Akaun Black dan mendapat akses eksklusif ke saluran Isyarat Dagangan VIP kami, sila hubungi Sokongan Pelanggan untuk mengaturkan panggilan telefon dengan salah seorang pengurus akaun kami untuk maklumat lanjut tentang cara membuka Akaun Black BDSwiss.
  • Adakah anda mengenakan Yuran Tidak Aktif?

    Ya, untuk maklumat tentang dasar Yuran Tidak Aktif, sila layari Terma dan Syarat kami DI SINI.
  • Apakah perbezaan antara baki dan ekuiti yang dipaparkan di platform dagangan saya?

    Baki menggambarkan Untung/Rugi bagi kedudukan anda yang ditutup manakala Ekuiti ialah pengiraan masa nyata bagi Untung/Rugi, iaitu mengambil kira kedudukan terbuka dan yang ditutup.
  • Bagaimanakah saya boleh Log masuk ke MT4?

    Untuk MT4, sila gunakan BDSwiss-Real01 atau BDSwiss-Demo01. Untuk log masuk, anda perlu menggunakan nombor akaun Forex Langsung atau Forex Demo, kata laluan pendaftaran BDSwiss anda dan nama Pelayan di atas.
  • Apakah Rollover?

    Rollover merujuk pada faedah yang dicaj atau dikenakan pada akaun pedagang untuk kedudukan yang dipegang "semalaman", bermakna selepas 5 petang ET.
  • Bagaimanakah saya boleh membuat dagangan di MetaTrader 5?

    Mulakan dengan mengklik pada "Pesanan Baru" pada bar alat atau klik kanan pada aset yang anda ingini dalam tab Market Watch. Tekan CTRL+U untuk menimbulkan tetingkap simbol dan memilih aset pendasar yang diingini. Laraskan saiz kedudukan anda dengan menetapkan bilangan lot yang anda ingin dagangkan pada tab Volum. Pada masa ini anda juga boleh menetapkan had Henti Rugi atau Ambil Untung maksimum, oleh itu kedudukan anda akan ditutup secara automatik apabila mencapai aras ini. Klik 'BELI' jika anda berpendapat harga aset pilihan anda akan meningkat nilainya. Klik 'JUAL' jika anda berpendapat harga aset pilihan anda akan menurun nilainya.
  • Bagaimanakah saya boleh memuat turun MetaTrader 5?

    MetaTrader 5 tersedia untuk peranti yang berbeza. Pautan yang sesuai untuk peranti pilihan anda boleh didapati DI SINI.
  • Apakah CFD?

    CFD ialah singkatan untuk "Kontrak untuk Perbezaan". Berbeza daripada berunding atau bertukar aset kewangan secara fizikal (contohnya secara fizikal membeli atau menjual saham syarikat), CFD ialah urus niaga dengan dua pihak bersetuju untuk bertukar wang berdasarkan perubahan dalam nilai (harga) aset pendasar, berlaku antara titik masa operasi dibuka dan pada waktu operasi ditutup. DI SINI.
  • Berapakah jumlah yang boleh saya dagangkan dengan CFD?

    Dengan CFD, tiada jumlah tetap yang boleh anda dagangkan. Apabila membuat pesanan, anda menentukan jumlah nilai yang ditetapkan pada satu pip dengan memilih saiz kedudukan anda. Semasa kedudukan anda terbuka, keuntungan atau kerugian anda ditentukan oleh kriteria ini. Penting untuk diambil perhatian bahawa CFD ialah produk berleveraj, bermakna anda hanya membayar margin (kolateral) untuk membuka dagangan yang berpadanan dengan sebahagian daripada nilai kedudukan sebenar. Menggunakan leveraj juga bermakna bahawa anda hanya perlu mendepositkan peratusan kecil daripada nilai dagangan yang sepenuhnya untuk membuka kedudukan. Ini dipanggil 'berdagang pada margin'. Walaupun berdagang pada margin membolehkan anda menggandakan pulangan anda, kerugian juga akan digandakan kerana ia berdasarkan nilai penuh kedudukan. Sila pastikan bahawa anda memahami semua risiko yang berkaitan dengan dagangan CFD sebelum membuat pesanan anda.
  • Apakah maksud BELI (LONG) dan JUAL (SHORT)?

    Anda memilih BELI jika anda berpendapat harga aset pendasar akan naik. Dalam kewangan, istilah ini merujuk kepada memilih "PANJANG" ("LONG"). Anda memilih JUAL jika anda berpendapat harga aset pendasar akan turun. Dalam kewangan, istilah ini merujuk kepada memilih "SINGKAT" ("SHORT").
  • Bagaimanakah saya boleh memuat turun MetaTrader4?

    Perisian Meta Trader boleh didapati untuk peranti yang berbeza. Pautan yang berkaitan dengan peranti anda boleh didapati DI SINI.
  • Bagaimanakah saya boleh membuat dagangan di MetaTrader 4?

    Mulakan dengan mengklik pada "Pesanan Baru" pada bar alat atau klik kanan pada aset yang anda ingini dalam tab Market Watch. Tekan CTRL+U untuk menimbulkan tetingkap simbol dan memilih aset pendasar yang diingini. Laraskan saiz kedudukan anda dengan menetapkan bilangan lot yang anda ingin dagangkan pada tab Volum. Pada masa ini anda juga boleh menetapkan had Henti Rugi atau Ambil Untung maksimum, oleh itu kedudukan anda akan ditutup secara automatik apabila mencapai aras ini. Klik 'BELI' jika anda berpendapat harga aset pilihan anda akan meningkat nilainya. Klik 'JUAL' jika anda berpendapat harga aset pilihan anda akan menurun nilainya.
  • Di manakah saya boleh mendapatkan sejarah dagangan / sejarah akaun saya di MetaTrader 4?

    Di bahagian bawah skrin, terdapat pelbagai tab. Di bawah "Sejarah Akaun" ("Account History"), anda akan mendapati aktiviti dan transaksi anda yang lepas.
  • Adakah terdapat sebarang kos tambahan apabila berdagang dengan perisian MetaTrader 4?

    Berdagang dengan platform Meta Trader 4 adalah percuma. Sila ambil perhatian bahawa bayaran biasa dikenakan apabila berdagang CFD.
  • Di manakah saya boleh mendapatkan waktu dagangan bagi pelbagai aset pendasar?

    Dalam kedua-dua platform dagangan versi Webtrader dan desktop, anda boleh mendapatkan waktu dagangan dalam "Market Overview" dengan klik kanan pada aset pendasar dan memilih "Spesifikasi".
  • Bilakah dan mengapakah kedudukan saya ditutup secara automatik?

    Penutupan automatik kedudukan anda berlaku apabila ekuiti anda hanya tinggal 50% daripada margin yang diperlukan. Ini berlaku apabila kedudukan terbuka anda mengalami kerugian yang berterusan dan melibatkan sebahagian besar daripada ekuiti anda. Sila pastikan bahawa anda sentiasa mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun anda untuk mencegah penutupan automatik.
  • Apakah Henti Rugi atau Ambil Untung dan bagaimanakah pesanan ini dilaksanakan?

    Kedua-dua jenis pesanan ini digunakan untuk menutup secara automatik kedudukan terbuka. Dengan Henti Rugi, kerugian akan dihadkan, manakala Ambil Untung digunakan untuk melindungi keuntungan. Apabila harga pasaran mencapai aras Henti Rugi atau Ambil Untung, kedudukan ditutup pada harga pasaran semasa yang boleh didapati. Walau bagaimanapun, dengan kedua-dua jenis pesanan, tidak dapat dijamin bahawa aras keluar yang dipratentukan akan sepadan dengan harga keluar yang sebenar. Jika harga pasaran meningkat atau menurun di atas/di bawah aras keluar yang dipratentukan, keuntungan atau kerugian yang lebih tinggi daripada yang diingini boleh berlaku. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila baca entri tentang "Gelinciran" dalam Glosari CFD.
  • Bayaran manakah yang dikenakan apabila berdagang CFD/Forex?

    Gambaran keseluruhan yang terperinci tentang komisen dagangan kami boleh didapati di DI SINI.
  • Apakah Spread?

    Spread ialah perbezaan harga antara titik pedagang boleh membeli atau menjual aset CFD pendasar, ini biasanya dirujuk sebagai harga tawaran atau tanya. Anda boleh menganggap spread sebagai kos dagangan untuk membuat kedudukan; lebih kecil spread secara asasnya membolehkan anda mengurangkan kos dagangan, dengan itu menghasilkan keuntungan yang lebih besar atau kerugian yang lebih kecil, selepas anda menutup kedudukan anda.
  • Apakah Margin?

    Margin mewakili deposit keselamatan yang sekurang-kurangnya diperlukan untuk membuka dagangan. Secara mudahnya, margin ialah jumlah yang anda sumbangkan untuk dagangan tertentu dan secara asasnya juga jumlah yang anda bersedia untuk kerugian sekiranya pasaran bergerak menentang anda. Margin juga istilah yang digunakan untuk jumlah wang yang anda perlu pastikan terdapat dalam akaun anda untuk mengekalkan kedudukan, dipanggil margin pengekalan. Jika kedudukan anda mengancam untuk mengosongkan akaun anda, terdapat satu titik yang mana kedudukan akan ditutup secara automatik, ini dipanggil henti keluar margin.  Untuk mengekalkan kedudukan terbuka anda, penutupan automatik kedudukan anda boleh dicegah dengan mendepositkan lebih banyak dana.
  • Adakah anda menawarkan lot mikro atau CFD lebih kecil daripada satu kontrak standard?

    Ya. Anda boleh memilih volum yang anda mahu dagangkan, sama ada dengan memilih volum yang anda inginkan daripada senarai yang ditetapkan lebih awal atau dengan menaipkannya secara terus ke dalam medan input. PERHATIAN: MetaTrader 4 menggunakan gaya penulisan Inggeris Amerika, koma ditentukan dengan titik, bukan koma.
  • Mengapakah harga aset pendasar berbeza di platform Opsyen Binari dan CFD?

    Penerangan terperinci tentang kemungkinan perbezaan harga boleh didapati DI SINI.

Transaksi

  • Bolehkah saya memindahkan dana daripada satu akaun kepada akaun yang lain?

    Jika anda ingin memindahkan dana antara akaun BDSwiss anda sendiri, sila e-mel [email protected] untuk mengesahkan akaun sumber dan akaun penerima yang anda ingin pindahkan dana (termasuk nombor akaun). Permintaan anda akan diproses dalam masa 24 jam waktu perniagaan.
  • Bagaimanakah saya boleh membuat deposit ke akaun saya?

    Dalam bahagian "Akaun saya" papan pemuka, anda boleh menentukan akaun dagangan yang anda mahu membuat deposit. Kemudian klik pada "Deposit" dan depositkan jumlah yang anda inginkan. BDSwiss menawarkan pelbagai kaedah deposit termasuk kad kredit, pindahan bank, Sofortüberweisung, Skrill dan banyak lagi.
  • Apakah kaedah deposit yang disediakan?

    BDSwiss bekerjasama dengan pelbagai pembekal perkhidmatan pembayaran untuk memastikan anda boleh memilih daripada pelbagai kaedah deposit di negara anda. Anda sentiasa boleh membuat deposit melalui kad kredit atau pindahan bank.
  • Dalam mata wang mana saya boleh membuka akaun saya?

    Semasa membuka akaun dagangan, anda boleh memilih matawang yang diinginkan. Anda kini boleh memilih antara matawang EUR (€), USD ($), GBP (£), PLN (zł), DKK (kr), SEK (kr), NOK (kr) dan CHF (Fr.).
  • Adakah terdapat jumlah maksimum bagi deposit atau pengeluaran?

    Tiada. Tiada had maksimum untuk deposit atau pengeluaran. Sila ingat bahawa anda tidak boleh membuat pengeluaran lebih daripada baki akaun anda.
  • Bagaimanakah saya boleh membatalkan pengeluaran?

    Jika semasa proses pendaftaran anda mahu mengembalikan wang anda ke akaun BDSwiss anda, anda diberikan pilihan untuk membatalkan pengeluaran anda. Ini terutamanya berguna jika pengeluaran akan menyebabkan anda tidak mempunyai dana yang terhad dalam akaun anda dan anda masih mahu membeli opsyen. Untuk membatalkan permintaan pengeluaran, sila hantarkan e-mel ke [email protected] atau hubungi kami melalui salah satu daripada nombor telefon serantau kami yang boleh didapati DI SINI. Sila ambil perhatian bahawa pengeluaran boleh dibatalkan melalui laman web kami dalam masa 24 jam. Sebagai alternatif, untuk membatalkan permintaan pengeluaran, sila hantarkan e-mel ke [email protected]
  • Apakah jumlah pengeluaran minimum?

    Dengan pengecualian kepada pengeluaran kawat bank, BDSwiss tidak menetapkan jumlah pengeluaran minimum. Oleh itu, harap maklum bahawa yuran EUR 10 akan dikenakan terhadap sebarang pengeluaran kawat bank di bawah EUR 100 dan sebarang pengeluaran lain yang jumlahnya EUR 20 atau kurang. Bagi bayaran antarabangsa kawat bank, jumlah pengeluaran minimum ialah EUR 50 selepas yuran asas EUR 10 ditolak. Bagi pemindahan SEPA, terdapat jumlah pengeluaran minimum sebanyak EUR 5 selepas yuran asas EUR 10 ditolak.
  • Adakah pengeluaran di BDSwiss percuma?

    Dalam kebanyakan kes, pengeluaran diproses secara percuma. Terdapat pengecualian yang berikut: Pelanggan ingin mengeluarkan kurang daripada €100 / $100 / £100. Dalam keadaan ini, yuran sebanyak EUR 10 akan dikenakan pada mana-mana pengeluaran kawat bank di bawah EUR 100 dan mana-mana jenis pengeluaran lain yang berjumlah EUR 20 atau kurang.
Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. 84.1 % daripada akaun pelabur runcit mengalami kerugian wang apabila berdagang CFD dengan penyedia ini. Pendedahan Risiko Umum